Monday, September 15, 2008

Dare To Fail

Apakah kita memilih untuk berani Gagal ???

Jawapannya ialah kita mesti terima hakikat bahawa saban hari kita akan berdepan kegagalan yang memberikan impak yang positif. Gagal tidak semestinya membawa implikasi yang negatif kerna jika di adun dengan semangat dan kewarasan akal, berani gagal memberikan definisi umum yang hanya kita sahaja yang tahu pengertiannya.

Keberanian kita untuk GAGAL melakukan maksiat dan dosa adalah sesuatu sifat yang terpuji di sisi ALLAH dan bukannya minta puji. Saban hari iman kita sentiasa turun naik,maka tindakan kita juga semestinya seiring dengan kadar iman yang terpateri dalam jiwa dan hati nurani kita.

Keberanian kita adalah lambang kepada iltizam dan kesungguhan kita untuk memperbaiki diri.

"Islam Untuk Semua"

No comments: