Monday, September 15, 2008

Dare To Fail

Apakah kita memilih untuk berani Gagal ???

Jawapannya ialah kita mesti terima hakikat bahawa saban hari kita akan berdepan kegagalan yang memberikan impak yang positif. Gagal tidak semestinya membawa implikasi yang negatif kerna jika di adun dengan semangat dan kewarasan akal, berani gagal memberikan definisi umum yang hanya kita sahaja yang tahu pengertiannya.

Keberanian kita untuk GAGAL melakukan maksiat dan dosa adalah sesuatu sifat yang terpuji di sisi ALLAH dan bukannya minta puji. Saban hari iman kita sentiasa turun naik,maka tindakan kita juga semestinya seiring dengan kadar iman yang terpateri dalam jiwa dan hati nurani kita.

Keberanian kita adalah lambang kepada iltizam dan kesungguhan kita untuk memperbaiki diri.

"Islam Untuk Semua"

Sunday, September 14, 2008

Hari Semalam Yang Menyeronokkan


1) Pen tercicir masa dalam perjalana ke pondok pengajian
2) HP jatuh dari raga motor ketika drive ( nasib x pecah )
3) Motor terkunci,extra key x bawa
4) Hujan lebat balik dari jitra ke UUM
5) Pokok tumbang menghalang perjalanan
6) Barang yang kami beli tercicir di jalan raya, nasib jumpa balik
7) Tayar Motor pancit

Sebaik-baik hamba ialah mereka yang redha atas apa yang ALLAH anugerahkan kepada mereka